Bintang meratap hiba
Menyaksikan bulan yang menyembunyi diri
Tinggalnya kerana keyakinan yang jitu
Perginya kerana kasih yang padu
Hilangnya bintang
Punca langit tiada seri
Hilangnya bulan kerana dikecewakan
Lalu terseksa jiwa dan batin atas perbuatan yang tidak dilakukan
Walau seribu tahun jaraknya
Kasihkan mekar unt sang bulan
Kerana hanya bulan ditakdirkan untuk bintang
Ribut yang melanda membadai di jiwa
Hujan tanpa henti membanjiri hati
Walau hati acap kali di uji
Tiada dendam dariku untuk mu
Kasihku mekar hingga akhirnya….
Hanya kamu tiada lain
No comments:
Post a Comment