Blog berpindah :)
do visit here : http://elanamnesis.blogspot.com/
it's my new photo blog ^^
02 August 2011
28 April 2011
peace~
Dugaan betul la lately ni..
Alhamdulillah..Allah masih sayangkan aku..
sentiasa diujinya aku..
Aku anggap ujian demi ujian ini adalah rahmat...
tanpa ujian dan dugaan dariNya, aku mungkin akan lalai dengan dunia aku sendiri..
bukan aku ingin bersungut dengan dugaan..aku bersyukur ya Allah..
this is my way of handling things..
all i wanted for the time being is peace...
kenapa semua perlu melukakan?
orang sekarang memang tak reti nak olah bahasa jadi lebih sopan sikit ek?
hell!
Alhamdulillah..Allah masih sayangkan aku..
sentiasa diujinya aku..
Aku anggap ujian demi ujian ini adalah rahmat...
tanpa ujian dan dugaan dariNya, aku mungkin akan lalai dengan dunia aku sendiri..
bukan aku ingin bersungut dengan dugaan..aku bersyukur ya Allah..
this is my way of handling things..
all i wanted for the time being is peace...
kenapa semua perlu melukakan?
orang sekarang memang tak reti nak olah bahasa jadi lebih sopan sikit ek?
hell!
25 April 2011
Dua minggu yang tak macam cuti!
Salam ^^
semoga semua readers sihat sejahtera hendaknya...dan dipanjangkan usia agar dapat beramal lebih kepada tuhan... :)
huuu sedih nii...cuti da nak habiss....
aa lupa nak cakap sbnrnya CPM tgh cuti skang ni...da dua mggu cuti...
cuti apa???
semoga semua readers sihat sejahtera hendaknya...dan dipanjangkan usia agar dapat beramal lebih kepada tuhan... :)
huuu sedih nii...cuti da nak habiss....
aa lupa nak cakap sbnrnya CPM tgh cuti skang ni...da dua mggu cuti...
cuti apa???
ni haaa...cuti si comell ni....cuti sempena kelahiran bunny! haks :P |
hee xdela....bukan sempena kelahiran die...
Easter Break |
kitorang dapat cuti 2 minggu sempena Easter break....tapiii cuti ni x macam bercuti punnnn :((
Assignments banyak tak hengatttt....
seminggu je kampoi rehat dan berjalan...seminggu terakhir ni, ngadap buku bagai nak gila bwad assignmentss..
sabaooo je la...Sebab tu blog pun bersawanggg je haa....nak ziarah pun x sempat...Password blog pn bleh lupa woh cenggini nye cerita... *_* ni belum stat kelas...da stat kelas nnt...mmg xjenguk pulak blog ni...
busy + letih + lapar + sejuk = nampak katilll jeee :P
haa!
walaupun busy...
CPM nak kongsi gak ape CPM bwad sminggu yang pertama masa cuti aritu...
hihihi sempat jee gi jalan....
^^
kite tgk gamba nakkk?? ^^
LOADING........
First Place : Cockatoo Island
Sisters from Macquarie Uni (bebudak usrah) Gambar ni dekat Circular Quay train station.. bawah train station ni station ferry.... ^^ |
Scenery at circular Quay.... cantik kan?? Subhanallah..Allahuakbar... |
Nak pegi cockatoo island, kena naik ferry... dlm 15 minutes lebih kurang..
sampai la kat cockatoo island...
Dalam program Usrah ni, kitorang pergi bercamping dekat pulau ni...
nama pun camping kan, harusla tidur dalam khemah...
Entrance Cockatoo Island |
Dalam program ni, bebudak dari Wollongong University pun turun jugak...
ada la beberapa kerat yang datang....
Besttt sangat experience camping di negara orang..
angin laut x sama wehhh dgn malaysia!
nasib baik CPM beli sleeping bag..
kat sni sleeping bag die ada suhu.. yg CPM nye sleeping bag untuk suhu 7'c - 5'c...
maknanya bila tdur dalam tu leh rasa panas la bila suhu di luar lebih kurang 7'c n below....
malam tuuuu..
ya Allah..saja rezeki kami Allah nk bagi rasa... SEJUKKKKKkkkKK tak hengat!!
12'c cuaca malam tu..nak pulak kena angin laut kannn...
kitorg tidur pun memang pkai sempurna la...
tudung pun x bukak sebab sejuk punya pasal!
hohoh besttt dapat experience gituuu!
Okay....
Continue lagi berjalan.....hihihi
L....O....
ADING....
2nd Place : Featherdale Wildlife Park
Koala!!! p/s : bulu die kasar macam koala teddy bear yg kte slalu pegang..ingatkn dulu die lembutt.. rupanya kasar...but still, rasa cm nk pelukkk je! |
Baby Kanggaroo! |
Baby kanggaroo ni curik eskrem sayee!!! XD |
geng2 pingu bersiar2 ^^ hiks |
Blue Mountain
Three Sisters |
Blue Mt Scenic view |
Jenolan Caves
Jenolan Cave's Lake |
Haa...
Basically, ni je CPM buat masa cuti..
selebihnya..busy get ready untuk buat assignments..
eh jangan salah paham..
x buat lagi assignments pas gi jalan tu..
baru GET READY nak buat..
hihihi
maknanya busy cover balik readings yang patut baca dan revise balik lecturer notes ah.
alaa...tapi xde la xbuat benda lain....
keje lain yang CPM buat seharusnya lah ber FB.. :P
dan berSKYPE dengan orang2 di Malaysia...
x dapat skype..
Calling2 parents di Malaysia laa :)
lepas ni ingat nak pegi sandboarding plak..
ada membe ajak pegi sandboarding kat new castle..
huhu cam bestt je tawaran..
tapi tu la..
insyaAllah klau murah rezeki dan xde kekangan masa..
sampai la CPM ke new castle plak... ^^
nyte peeps!
CPM dapat citer merong mahawangsa melalui housemate td ni..
nak tgk skejap!
sok sambung buat assignments lagi! ^^
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi 'Kaffarah' (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah SWT, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya. Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi melihat kepada hati dan amalan...
23 April 2011
Keluarga. Kau mampu paham ke maksud keluarga?
Family isn't about whose blood you carry, it's about who you love and who loves you - Jackie Chan, 'The Spy Next Door'.
this quotation says it all readers...
alaa memangla..klau da family..harusla sayang menyayangi kannnn...xkn benci membenci spenuh hati pulak ennn?
tapi family tidak jugak hanya terikat kepada darah...
jangan menjadi terlalu tipikal...
kawan juga adalah saudara...
semua manusia bersaudara..
dlam konteks citer ni....budak perempuan tu tinggal dengan mak tiri die...
so die x rasa belong dalam family tu....soo die sedih dan selalu memberontak...
ye la...mesti la dia rasa cam 'eh kau bukan mak aku!jgn nk ckp byk' gtuuu~~~~ (ayt CPM je)
ye la..die x pnggil Jillian(dlm citer ni) sbgai mummy or mom ke ape..die panggil nama je...menunjukkan dia x iktiraf lady tu as mom die..
memang susah nak iktiraf sum1 yg xda kena mngena dgn kita as family...
connection jiwa nye tu takde katenye....
tapi, family bukan soal darah..
kalau orang boleh sayang kita sepenuh hati...
tidak kah anda rasa bersyukur??
x semua orang dapat nikmat disayangi oleh family sendiri ok?
ce lihat kat luar sna..berapa banyak institusi keluarga yang runtuh???
kurangnya kasih sayang menyebabkan mereka memberontak dan jadi tak tentu arah....
dan orang yang tahu menuding jari, hanya akan menghina ketidaksempurnaan mereka...
tapi pernahkah kita pergi dan menghulurkan kasih sayang agar kekosongan jiwa mereka terisi?
jarang sekali!jarang sangat!
family isn't about whose blood you carry...
jangan terlalu bongkak dan bangga menghina orang....
nak tahu erti kekeluargaan?
jangan di tanya kepada org yg meriah family nye...yang ramai adik bradiknye...
sebab manusia ni x reti bersyukur...
klau da ramai adik bradik, die minx pulak kurgkn adik bradik...
hati manusia x pernah puas....x pernah ckup....
macam CPM sniri yang anak tunggal ni, kalau boleh nak adik bradik ramai..baru rasa seronok..
tapi bagus jugak jd org yg serba 'kekurangan' ni, atleast Allah ajar CPM unt menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup CPM :)
nak tahu nilai dan erti keluarga?
nilai sebenar keluarga itu...tanyalah kepada yang serba kekurangan...
kalau ditanya kepada mereka, nescaya setiap kawan yg hadir, yang ikhlas berkwn dengannya,dianggapnya seperti keluarga...
apa pentingnya darah keturunan kalau akhirnya nanti berbalah jugak?
apa pentingnya darah keturunan kalau tak mampu jadi hamba Allah yang bersyukur?
my personal point of view, bukan darah keturunan yang menentukan mulia atau tidak seseorang..
yang menentukannya adalah keimanan kita terhadap Allah..
kalau kita beriman, kita akan cuba menjadi hamba yang terbaik untuknya..
dan dengan izinNya, kita akan dimuliakan di akhirat sana...
contoh konteks di malaysia..
dia datang dari keluarga yang berpecah belah..
apa kita nak menilai dia sebagai seorang yang xkn mampu bahagia ke?
just because he came from that environment...x bermakna dia akn jd cm tu...
dengan keimanan yg ada kpd Allah, mengamalkan amar makruf nahi mungkar..
tak mustahil, dia mampu membina keluarga yang lebih baik dari keluarganya sebelum ini!
kadang2, pengalaman menyebabkan seseorang itu lebih berjaya di kemudian hari...
so,jangan dihina orang yang serba kekurangan sebab kadang2..diorg lagi banyak 'harta' dari diri orang yang serba dilengkapi!
ada sesetengah manusia...dengan bangganya menghina orang lain yang serba kekurangan...
contoh ayat novel 'kau tak layak mengaku kami keluarga kau!kau bukan sesiapa untuk kami!'
tettt! jangan amek mudah ye readers...apa yg ada dlm novel..berlaku jerrr di luar sna...
CPM rasa sedih la...kenapa perlu sampai nak hina2 orang? pd pendapat CPM, org gini yang x paham erti keluarga....apa keluarga ni terikat hanya pada darah ke?
takkkk! orang islam semua bersaudara! kita sekeluarga!
maaf CPM kata, org yg berfikiran begitu,mindanya terikat dengan sistem yang membelenggu kita semua...
pernah tak kita terfikir...
dulu masa zaman nabi, xde istilah kau negro,aku cina, aku india...
yang ada hanya MUSLIM! dan ISLAM itu sendiri sebagai tanda pengenalan..
tapi sejak jatuhnya sistem khalifah...kita sudah dibelenggu oleh pemikiran barat yang membeda-bedakan kita mengikut bangsa, dan negara...belum lagi nak cakap membezakan mengikut pangkat dan harta....
dan akibat terikat dan dibelenggu oleh sistem mereka, kita sekarang turut sama membedakan manusia dan menghina mereka yang bukan ada kaitan darah dengan kita...
terlalu muliakah kita untuk menghina manusia lain?
ya, manusia tiada yang sempurna..
kita tak maksum bak kata kawan CPM...
nak marah sangat pun x leh jugak la kan..
sebab orang yang cakap tu pun xde la maksum mana...
buat silap jugak...
tapi CPM sangat terkesan dgn ayat jackie chan dalam movie ni..
Family isn't about whose blood you carry, it's about who you love and who loves you - Jackie Chan, 'The Spy Next Door'.
it's about who you love and who loves you.....
dalam family sendiri pun kadang, ada yang membenci (tapi sgt rare la kot?)
memang untuk diri ini yang tak punya apa-apa...
CPM anggap semua kawan2 yang menyayangi dan disayangi seperti keluarga sendiri...
tambahan di kejauhan ini...
kawan-kawan la pengganti keluarga...
apa-apa jadi, kawan yang terdekat akan mengetahui perkembangan diri sebelum keluarga di Malaysia...
CPM banyak benda nak ckp..tp tkt terslh ckp...
one thing : CPM bersyukur sangat2...sebab sepanjang 21thn lebih hidup dan bernafas ni, family CPM selalu treat kawan2 CPM dengan baik dan menghormati kawan2 CPM...
p/s: darah semua merah...takde darah kuning ke hijau ke biru ke en...yang penting hati dan keimanan kita kepada Allah...kalau kita beriman, kita tak kan menghina orang lain....
dan dendam pastinya memusnahkan manusia...belajar untuk memaafi semua orang.... ;)
peringatan uuntuk diri sndiri jugakkk.....
07 April 2011
Saat terakhir kita berdoa
Doa buat Sahabat
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.
Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.
Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.
amin...amin ya rabbi al amin...
sebarkan dan lanjutkanlah doa2 ini untuk sahabat kalian...
saat doa ini dibaca semasa majlis bacaan yasin
hati ku menangis
terasa diri ini sangat alpa
jauh sungguh erti kematangan untuk diri ku ini
aku rimas dengan gaya hidup ku kini
bila aku kembali mencari sinar
aku terlihat jalan2 lalu...
jalan yang aku tinggalkan demi cintaNya...
terasa pedih di jiwa...
bertahun melawankeinginan...
aku hampir tersungkur lagi...
saat doa ini dibacakan..
aku sedih sekali...
teringat akan seseorang yang amat ku kasih...
terimbas kenangan dan doa yang selalu aku titipkan untuknya
tapi semuanya sementara cuma...
aku seakan lupa dan lalai di dalam arus yang aku lalui...
saat doa di aminkan...
satu persatu persoalan timbul di hati...
'kenapa kau berhenti mendoakannya?'
'kenapa kau tidak bersungguh meminta kesejahteraannya?'
ya Allah..
kejamnya aku ....
amarah membuat aku membuang dia sepenuhnya...
aku sendiri terlupa aku mempunyai senjata doa untuk menemaninya...
dimana keyakinanku saat aku nekad melepaskannya keranaMu...
ya Allah, tunjukkanlah kembali jalan yang patut aku lalui ya tuhan...
kembalikanlah aku ke dalam hidayahMu...
Selamatkanlah jiwa ku ya tuhan...
tempatkanlah aku dalam golongan yang diredhai...
sesungguhnya hanya padaMu aku memohon dan meminta perlindungan....
jadikanlah aku antara orang yang istiqomah ya Allah...
sesungguhnya jauh di lubuk hatiku
hanya engkau yang maha mengetahui...
berikanlah yang terbaik untuk kami semua...
selamatkanlah segalanya tanpa ada yang perlu berduka ya tuhan..
hanya kepadamu aku meminta belas....
T.T
04 April 2011
Love is love?
This is my wish for you: Comfort on difficult days, smiles when sadness intrudes, rainbows to follow the clouds, laughter to kiss your lips, sunsets to warm your heart, hugs when spirits sag, beauty for your eyes to see, friendships to brighten your being, faith so that you can believe, confidence for when you doubt, courage to know yourself, patience to accept the truth, Love to complete your life.
-- Author Unknown
Pernah satu ketika,
aku gelisah bila bayang menemaniku
aku tidak bisa hidup hanya dengan bayangannya
yang ku mahu
adalah dia di sampingku
terus berjalan menemaniku
beriringan ketawa dan menangis
yang ku mahu
dia untuk selamanya
Don't hug me, it only makes me want to never let go.
-- Allison Mosher
-- Allison Mosher
aku tidak ingin memisahkan semuanya
masih jelas memori berputar
pabila waktu terus berdetik
aku sedar
dia akan terus menjadi bayang
dan aku gagal menjadikan dia pendampingku
Goodnight! Goodnight!
Parting is such sweet sorrow
That I shall say goodnight til it be morrow.
-- William Shakespeare
Parting is such sweet sorrow
That I shall say goodnight til it be morrow.
-- William Shakespeare
we never say goodbye to each other
all that we did was parted and disappeared
saat kaki terasa kaku untuk melangkah
jiwa terasa lemah untuk bernafas
dunia yang ku huni terasa sepi
jauh ku bawa diri mencari damai
dan di situ
ketemu kamu
senyumannya menanti
hatinya gigih menemani hatiku yang parah
If I could give you one gift, I would give you the ability to see yourself as I see you, so you could see how truly special you are.
-- Author Unknown
-- Author Unknown
tidak kenal erti jemu
bersamanya membawa senyuman
seperti bayu
dia meniup kekuatan
menghembus semangat
memberi tempat untuk ku kembali bernafas
I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you.
-- Ray Croft
-- Ray Croft
i can still remember the first time i saw u
When you smiled you had my undivided attention. When you laughed you had my urge to laugh with you. When you cried you had my urge to hold you. When you said you loved me, you had my heart forever.
-- Author Unknown
-- Author Unknown
dan kini dia terus disampingku
membuat hari-hariku terasa indah
seakan lupa akan kesakitan lalu
I believe that two people are connected at the heart, and it doesn't matter what you do, or who you are or where you live; there are no boundaries or barriers if two people are destined to be together.
-- Julia Roberts
-- Julia Roberts
yang ku mahu hanya kamu :)
"beware,the shadow will owez follow you"
jika aku pernah gelisah saat bayang menemaniku
kini tidak lagi
tiada manusia yang tiada bayang
i'll embrace you like i used to do
bayang hanya bayang
tidak bererti andai tidak diberi erti
dan mungkin juga tiada erti lagi
If I can stop one heart from breaking, I shall not live in vain;
If I can ease one life the aching,
Or cool one pain,
Or help one fainting robin Into his nest again,
I shall not live in vain.
-- Emily Dickinson
If I can ease one life the aching,
Or cool one pain,
Or help one fainting robin Into his nest again,
I shall not live in vain.
-- Emily Dickinson
Kayzier, Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own.-- Robert A Heinlein
28 March 2011
bila bicara menjadi racun
ada ketika hati berbicara benci
kenapa perlu di ungkitkan cerita terluka
bibir yang berbicara mengikut nafsu
sekali berkata tidak mampu berpatah kembali
apa mungkin sejarah berulang?
diam aku bukan beerti leka
senyum aku bukan kerana suka
kunci bicara ku bukan kerana terkesima
aku hanya inginkan benci itu berlalu pergi
kenapa akhirnya perlu di ungkitkan kembali
tidak perlu beriak pelik
kita sama manusia
senang terluka dan juga terkesan
kini kata-kata itu bagaikan rakaman
menyoal tindakan ku yang berdiam
bila bicara tidak di selia
banyak hati yang terluka
jangan di megah apa yang ada
tidak ke mana tanpa redhaNya.
p/s: I really don't know myself for the time being~ *_*
hakcipta hati cik pelangi automaticly..
kenapa perlu di ungkitkan cerita terluka
bibir yang berbicara mengikut nafsu
sekali berkata tidak mampu berpatah kembali
apa mungkin sejarah berulang?
diam aku bukan beerti leka
senyum aku bukan kerana suka
kunci bicara ku bukan kerana terkesima
aku hanya inginkan benci itu berlalu pergi
kenapa akhirnya perlu di ungkitkan kembali
tidak perlu beriak pelik
kita sama manusia
senang terluka dan juga terkesan
kini kata-kata itu bagaikan rakaman
menyoal tindakan ku yang berdiam
bila bicara tidak di selia
banyak hati yang terluka
jangan di megah apa yang ada
tidak ke mana tanpa redhaNya.
p/s: I really don't know myself for the time being~ *_*
hakcipta hati cik pelangi automaticly..
27 March 2011
Percintaan impian ^^
salam readers ^^
huu nak share satu benda menarik ni..!!
seyesly,selama beberapa tahun cik pelangi berblogging...
tak penah lagi la baca entry orang smpai nanges2...
tapi kali ni cik pelangi nangisss..wuuuuu T.T
cik pelangi amek entry ni dr blog piuhdebu
ahh korang leh ckp cik pelangi ni crybaby ke ape ke..
sket2 pun nk nanges..
without further adeu,
korang bca dan nilai sniri...bca dgn HATI okeyyy... ^^
Masyitah
Kau mentari hatiku,
Menyinar terang gelita hidupku,
Kau sinar penyaman kalbu,
Lapang senang datang menyerbu.
Kau mentari hatiku,
Di dalam jiwa hanya satu,
Kau sumber tenagaku,
Memancar kekuatan dalam langkahku
Kau mentari hatiku,
Menyinar terang gelita hidupku,
Maka teruslah dikau menyinarkan cahaya
Ibarat Masyitah di zaman Musa
Yang teguh terjun ke dalam didihan syurga
Ya Allah letihnya! Hariz Arifi membentak di dalam hati. Tali leher yang sudah dilonggarkan, ditarik. Kunci kereta dicabut dari tempatnya. Briefcase diambil dari tempat duduk belakang sebelum dia membuka pintu dan keluar dari Camrynya.
Kerja yang banyak di universiti tadi membuatkan kepalanya macam sedikit berpinar. Perlahan-lahan dia menarik nafas menghirup udara segar halaman rumahnya yang menghijau. Sebelah tangan yang tidak memegang beg dilarikan ke belakang leher, mengurut-ngurut perlahan.
“Ish,ish. Kenapa gaya macam tak makan setahun sahaja ni?” Satu suara lembut menyapa gegendang. Pantas Hariz menoleh ke arah pintu rumah. Matanya terus terpaku di situ.
Seorang perempuan bercermin mata, bertudung labuh, bersama baju lengan panjang yang labuh dan seluar riadhah. Nampak sederhana. Mungkin sahaja orang lain akan menyatakan bahawa perempuan ini biasa sahaja, tiada yang istimewa. Tetapi untuk Hariz Arifi, wanita di hadapannya kini adalah satu-satunya bidadari yang wujud di atas dunia yang fana ini.
Tanpa sedar, kakinya melangkah ke arah perempuan itu. Wanita itu sedikit terkejut melihat Hariz Arifi yang semakin mendekat dengannya. Beberapa langkah kemudian, jarak antara Hariz Arifi dengannya sudah tinggal sejengkal sahaja. Dia terpaksa mendongak sedikit untuk memandang Hariz Arifi yang lebih tinggi berbandingnya.
“Kenapa?” Perempuan itu bertanya teragak-agak. Kebisuan Hariz Arifi membuatkannya tertanya-tanya.
Hariz Arifi meletakkan beg di tangan. Kemudian memandang sekali lagi perempuan itu sedalam-dalam. Perempuan itu mengangkat kening. Ada apa-apa yang tidak kenakah? Hati bertanya.
Tiba-tiba Hariz Arifi menggores senyum. Terus dipeluk perempuan itu seerat-eratnya.
“Tata, rindunya saya pada awak!” Sambil menggoyangkan tubuh perempuan itu sedikit ke kiri dan ke kanan.
“Apa buat gaya seribu tahun tak jumpa ni? Terhantuk stereng kereta? Malulah kalau orang nampak. Kita di hadapan rumah ni.” Perempuan itu terkejut dengan reaksi Hariz Arifi. Spontan kedua belah tangannya bereaksi untuk menolak tubuh Hariz Arifi. Hariz Arifi perlahan-lahan meleraikan rangkulannya. Senyumannya masih belum hilang. Mata mereka berdua bertemu.
“Tata, bila tengok muka awak, semua kepenatan saya hilang.” Hariz mencubit kedua belah pipi perempuan di hadapannya.
“Yalah tu. Cukup-cukuplah jiwang karat awak tu. Lemas saya.” Perempuan itu menarik kedua belah tangan yang mencubit pipinya, kemudian menunduk mengambil beg Hariz Arifi tadi.
“Lagi satu, sejak bila nama saya jadi Tata ni ha? Ingat Bas Tata MATRI ke?” Dia mencebik sebaik sahaja berdiri tegak semula.
Senyuman Hariz Arifi semakin lebar. “Masyitah, jadi Tata. Itu panggilan manja saya pada awak.”
“Tak naklah. Ada patut Tata.” Perempuan yang bernama Masyitah itu berpaling dan perlahan-lahan melangkah masuk ke rumah.
“Comel apa Tata. Kiut.”
“Habis tu, awak saya panggil Haha nak tak?” Masyitah memandang Hariz Arifi yang kini berjalan beriringan dengannya ke bilik.
Pecah ketawa Hariz. “Comel jugak tu. Tata dan Haha. Kalau ini status Facebook, saya dah ‘like’ awal-awal.”
“Senget.” Hariz ditolak lembut. Akhirnya Masyitah juga ketawa.
“Saya tak mahu Tata. Saya nak Masyitah. Harapnya, boleh menjadi Masyitah seperti di zaman Musa.”
Tawa Hariz Arifi terhenti. Bertukar dengan senyuman manis.
“Saya sentiasa doakan awak semoga mampu mencapainya. Tiara Masyitah.”
Masyitah turut tersenyum.
Sampai di hadapan tangga, Masyitah hendak naik tetapi Hariz menuju ke dapur.
“Eh, nak pergi mana? Tak nak naik dulu?”
Langkahan Hariz terhenti. Matanya menyapa wajah Masyitah. Kemudian perlahan-lahan dia menggeleng. “Puan Masyitah, saya nak pergi memasak. Saya tahulah awak kaki diet. Tapi takkan tak nak makan langsung? Tak benarkan saya ke dapurkah?” Dan tanpa menunggu jawapan, Hariz Arifi bergerak ke dapur meninggalkan Masyitah dengan senyuman.
Masyitah menggeleng.
Baru tadi muka macam orang tak makan seribu tahun.
Balik memasak pula? Ini yang aku tak nak dulu. Ish…
Akhirnya langkahan dikorak naik ke atas untuk meletakkan beg, tidak menghiraukan desiran di dalam hati. Namun perasaan itu tidak akan hilang begitu sahaja. Semestinya.
Memang namanya Masyitah.
Tetapi dia bukanlah sebaik Masyitah di zaman Musa. Hanya berharap untuk menjadi sepertinya sahaja. Belum tahu mampu mencapainya atau tidak.
*****
“Kahwin dengan Hariz Arifi?” Matanya membesar. Terkejut.
“Em, dia berhajat kepada Masyitah. Apa pandangan Masyitah?” Ibu bertanya lembut.
“Eh, tak naklah!” Segera dia menjawab.
“Kenapa?”
“Er…” Macam mana hendak menjawab soalan ‘kenapa’ ini ya? Sepatutnya pertanyaan itu dilontarkan kepada Hariz Arifi. ‘Kenapa’ dalam banyak-banyak perempuan di dunia ini, dia yang menjadi pilihan hati?
“Syitah tak sedia la Ibu. Syitah muda lagi. Baru habis SPM. Lagipun…” Ibarat bertih jagung, pantas dia memberikan alasan. Hatinya macam dihimpit-himpit dengan tekanan yang amat berat.
“Lagipun?”
“Dia Hariz Arifi. Ibu bukan tidak kenal siapa Hariz Arifi.”
Ya. Hariz Arifi. Beberapa tahun lebih tua daripadanya. Masyitah kenal akan dia. Merupakan senior di sekolah lamanya. Tetapi kini, bukan sedikit orang yang mengenali nama itu. Umur masih muda tetapi pemikirannya kadangkala menakjubkan veteran-veteran di dalam kehidupan. Gerak langkah pemuda itu pantas. Kerja pemuda itu adalah memperbaiki dirinya sambil mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Semua itu dilakukan semasa belajar di luar negara. Hari ini nama itu semakin meningkat naik di Malaysia. Hampir semua kawan-kawan Masyitah mengenalinya. Begitu juga dengan jiran-jirannya.
Kahwin dengan orang macam itu?
Mampukah aku?
Diri banyak perkara masih belum diperbaiki. Masih rasa terlalu muda untuk segala tanggungjawab. Masih rasa ingin berseronok itu dan ini. Kahwin? Umur baru 18!
Serabut kepala memikirkannya.
Kenapa tak pilih mana-mana pembawa usrah di sekolah mereka dahulu yang kini masih aktif di universiti masing-masing?
Kenapa dia?
“Ibu, tolaklah ya?”
Ibu menghela nafas. “Baiklah Masyitah. Ibu ikut sahaja apa yang Masyitah senangi. Tetapi Ibu sukalah dengan Hariz tu.”
Masyitah diam. Masalahnya, aku tak mampu. Muda lagi. Itu satu hal. Hal yang lebih besar lagi, adalah aku ini tak sama macam Hariz itu. Aku tidak sebaik Masyitah penyisir rambut anak Firaun!
Pap!
Lamunan kenangan yang terimbas itu pecah begitu sahaja. Kedua belah telapak tangan Hariz yang bersatu di hadapannya. Terus ditolak lelaki itu. “Awak!”
“Termenung apalah tu sampai saya datang pun tak perasan. Teringat saya ya?”
“Tekan lif naik sendirilah.” Masyitah memuncung. Matanya kembali kepada nota-nota di atas meja jepun. Sempat bola matanya menyapa buku-buku yang berselerak dan komputer riba yang hidup di tempat yang sama. Penuh meja jepun itu dengan barang-barang studinya.
Hariz menarik garisan manis pada bibir. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh Masyitah.
“Ini kenapa ni? Encik Hariz Arifi, Tiara Masyitah mahu studi ni. Minggu depan sayafinal exam.”
“Garangnya.” Pipi Masyitah ditarik lembut.
“Ish!” Tangan itu ditepis. Hariz ketawa.
“Awak, dari kacau saya, baik awak buat tesis awak tu. Kata nak habis Masters sama-sama dengan saya graduasi.”
“Tesis saya sudah hampir siap. Itu sebab saya kacau isteri yang ter’chenta’ ini.”
“Jahat!” Pantas sebelah tangan Masyitah mencari pinggang Hariz. Hariz mengelak dengan segera. Akhirnya mereka berdua ketawa. Masyitah sampai menggeleng.
“Tadi terfikir apa? Saya keluar dapur, masuk dapur, keluar dapur semula awak masih termenung lagi. Susah sangat studi sampai terfikir nak melancong ke Zargus ke?”
“Ada pula macam itu. Ingat orang studi sampai sewel?” Masyitah sengih.
“Manalah tahu.”
“Teringat masa awak propose saya pada Ibu.”
“Oho.”
Suasana jadi sepi sebentar. Bunyi desiran kipas mengisi ruang.
“Akhirnya kahwin juga kita ya?” Hariz menatap Masyitah.
Masyitah mengangguk perlahan. Perkahwinan mereka baru berusia setahun setengah. Hariz Arifi sudah hampir menamatkan mastersnya, manakala Masyitah pula sudah hampir menyelesaikan ijazahnya.
“Menyesal tak?” Tiba-tiba Masyitah melontarkan soalan, mengundang angkatan kedua-dua kening Hariz Arifi.
“Menyesal?”
“Kahwin dengan saya?”
Hariz Arifi tersengih. Kemudian menggeleng. “Tak pernah menyesal.”
“Betul? Kahwin dengan orang tak pandai masak, tak solehah, tak menonjol dalam dakwah dan tarbiyah,” Masyitah mengangkat satu persatu jarinya seakan membilang. Hariz setia mendengar.
“Tak hafal Al-Quran banyak, tajwid pun tak hebat, asyik kena kejut Subuh hari-hari, ibadah sunat kurang, Tak lovely, asyik studi sahaja, Tak pandai layan awak, tak…” Dan bicara Masyitah terhenti di situ. Jari telunjuk Hariz Arifi sudah melekat pada bibirnya. Mata mereka bertemu.
“Saya tak perlukan semua itu. Bukankah saya sudah kata sebelum kahwin, yang saya mahu daripada awak hanyalah awak berada di sisi saya sahaja. Saya tidak minta lebih daripada itu.” Jari telunjuk itu diturunkan. Kedua belah tangan kini mencari tangan Masyitah. Memegang erat tangan lembut itu.
“Untuk saya, cukup sekadar awak bernafas di sisi saya. Biar saya yang masak, biar saya yang kemas rumah, biar saya yang baca Al-Quran untuk awak, biar saya yang hari-hari kejut awak Subuh, biar saya yang lovely, biar saya yangcaring, biar saya yang asyik layan awak. Biar saya semua.” Hariz Arifi menyempurnakan bicara.
“Saya bukan Masyitah di zaman Musa. Setahun setengah ini, banyak saya sudah susahkan awak. Lebih-lebih lagi hal dakwah dan tarbiyah. Sahabat-sahabat lain yang macam awak, isteri mereka semua hebat-hebat. Semua ke hadapan sama-sama. Saya…” Masyitah menunduk.
“Mana ada awak tak bantu dalam dakwah dan tarbiyah?”
“Eh? Ada saya bantu?” Masyitah berfikir. Ada bagi ceramah? Tak ada. Ada bagi idea? Pun tak ada. Ikut program sebagai orang biasa sahaja adalah. Menjadi penggerak, pemikir, tak pernahlah pula.
“Ada. Bila awak ada di sisi saya, saya jadi kuat. Bila saya jadi kuat, saya lebih bersemangat dalam melaksanakan dakwah dan tarbiyah. Bila saya bersemangat melaksanakan dakwah dan tarbiyah, kerja-kerja dakwah dan tarbiyah berjalan lebih lancar. Bila kerja-kerja dakwah dan tarbiyah berjalan lebih lancar, insyaAllah ramai orang akan mendapat manfaat.”
Masyitah terpana. Garis manis pada bibir Hariz tidak pudar. Tangan Hariz semakin erat memegang tangan Masyitah.
“Bukankah awak telah membantu? Tak puas hati lagi?” Hariz merapatkan dahinya ke dahi Masyitah. Wajah Masyitah kemerahan.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Eh, kenapa la awak fikir benda ini hari ini? Sudahlah. Minggu depan hendak final exam. Nanti serabut kepala otak. Mari makan. Saya sudah siap hidang di dapur tu. Hari ini saya masak special. Sotong masak sambal kegemaran awak.” Hariz bangun.
Masyitah diam. Tidak mampu berkata apa-apa.
“Lah. Bangun pun nak saya tolong? Romantiknya.” Hariz menghulurkan tangan apabila Masyitah tidak bangun-bangun.
Masyitah mencebik. “Senget.” Masyitah menyambut tangan Hariz, dan suaminya itu membantu dirinya bangun. Mereka berjalan beriringan ke dapur.
Hariz ketawa. Di dalam hatinya dia bahagia. Bahagia apabila bidadari jiwanya bahagia. Tiada apa yang lebih mendukakannya melainkan kedukaan bidadari jiwanya ini.
Entah mengapa Allah memberikan perasaan ini kepadanya.
Kepada seorang Tiara Masyitah.
*****
“Dijemput pasangan suami isteri Dr Ali Zahidi dan Dr Maryam Umairah!”
Sepasang suami isteri berjalan beriringan sebaik sahaja pengerusi majlis melaung nama. Tepukan kedengaran memenuhi dewan.
“Kini dijemput pula, Hariz Arifi, motivator kita.”
Hariz Arifi bangun dari kerusi yang telah dikhaskannya di barisan hadapan.
“Maaf ya awak. Saya malu nak ke hadapan.” Masyitah menarik hujung kot Hariz.
Hariz menarik senyuman. Menggeleng. “Awak ada ini pun sudah cukup.” Tangannya menyentuh pipi Masyitah.
Langkah diatur menaiki pentas. Ada empat kerusi untuk ahli panel sebenarnya. Majlis ini adalah perkongsian dua pasangan suami isteri. Tetapi satu kerusi kosong. Itu sebenarnya tempat buat Masyitah.
“Maaf, bidadari saya sangat pemalu. Jadi saya kira saya seorang sahaja di atas ini.” Hariz membuat gaya ‘peace’.
“Lagipun, saya takut ter’overshadow‘ pasangan Abang Ali Zahidi dan Kak Maryam Umairah saya ini.” Matanya memandang pasangan suami isteri di sebelahnya, sambil tangan menyapa lengan Dr Ali Zahidi. Seniornya ketika di sekolah dahulu.
Ucapannya disambut tawa dewan. Dr Ali Zahidi menyambut gurauan itu dengan senyuman. Begitu juga Dr Maryam isterinya.
Forum Baitul Muslim yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa anjuran NGO bernama HALUAN itu bermula.
*****
“Macam mana?” Soalan dikeluarkan.
“Macam mana apa?” Hariz memandang Dr Ali Zahidi.
“Macam mana hidup dengan Masyitah?” Dr Ali Zahidi menunjuk kepada meja perempuan. Kelihatan isterinya, Dr Maryam sedang makan bersama dengan Masyitah.
“Amat amat amat bahagia.” Senyuman Hariz melebar.
Dr Ali Zahidi mengangguk sambil mata garfu dibenamkan pada daging sebelum sudu di tangan kiri membuatkan daging itu menjadi lebih kecil.
“Sebenarnya, ana tak sangka enta pilih dia.” Dr Ali Zahidi bersuara selepas menelan makanannya. Matanya memandang tepat Hariz.
Hariz yang baru sahaja hendak menyuap makanannya tidak jadi berbuat demikian. Senyumannya yang tadi melebar, menjadi kendur.
“Kenapa Abang Ali cakap begitu?”
“Yalah. Dalam organisasi kita ini, ramai lagi akhawat yang berkaliber. Yang boleh bersama-sama dengan enta dalam melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ini. Yang boleh ke hadapan dengan enta.”
Hariz diam.
“Memilih yang telah siap diproses, lebih mudah. Maka kita boleh buat banyak kerja lagi. Boleh bergerak lebih jauh lagi.”
“Teorinya, itu memang benar.”
“Jadi? Kenapa dulu enta pilih dia?”
“Sebab dari segi praktikalnya, teori itu tidak berjalan buat saya.”
“Em?” Dr Ali Zahidi tidak dapat menangkap maksud Hariz.
“Abang Ali, Rasulullah SAW pesan untuk kita mencari wanita yang baik agamanya.”
“Ya.”
“Masyitah dari segi asas agama, dia jelas.”
“Ok.”
“Jadi saya tidak perlukan sebab tambahan. Hal ini kerana, Allah bagi saya jatuh cinta kepada dia. Saya tidak perlukan apa-apa sebab lain selain perasaan ini. Saya tidak berkahwin dengan dia kerana apa-apa. Saya berkahwin dengan dia kerana dia. Kerana dia itu Tiara Masyitah. Bukan kerana dia itu Masyitah seperti Masyitah di zaman Musa.”
“Yalah. Tetapi bukankah lebih bagus enta pilih yang seperti Masyitah di zaman Musa? Yang berani ke hadapan menegakkan kebenaran. Ini hendak berkongsi pun tidak mahu. Apa manfaatnya kepada masyarakat? Berkahwin dengan orang macam dia, enta nak selalu tinggalkan rumah pun tidak boleh.”
Hariz menghela nafas.
“Abang Ali. Apa pandangan Abang Ali terhadap saya. Apakah saya ini bermanfaat kepada masyarakat?”
Dr Ali Irfan mengangguk. “Sebab itu ana cakap perkara ini. Orang macam enta, rugi jika bersama dengan orang seperti Masyitah. Enta masih muda, sebab itu ana berbicara akan hal ini. Ana berpesan kepada enta sebagaimana pesan Ibrahim kepada Ismail. Tukarlah.”
Hariz tersengih.
“Tahukah Abang Ali bahawa, saya menjadi bermanfaat sebagaimana yang Abang Ali nyatakan itu hari ini, dengan kehadiran siapa?”
Dr Ali Zahidi diam.
“Dia.” Hariz menunjuk kepada Masyitah yang khusyuk bersama Dr Maryam.
“Kita kenal semenjak sekolah menengah Abang Ali. Abang Ali tahu saya ini macam mana dahulu. Walaupun saya aktif dalam dakwah dan tarbiyah di sekolah, saya panas baran, tidak sabar, keras kepala dan sebagainya. Saya juga lemas dalam kekayaan keluarga saya.”
Dr Ali Zahidi mengangguk. Dia ingat semua itu. Dan Hariz Arifi di hadapannya kini adalah seorang manusia yang jauh berbeza.
“Bila Allah lekatkan cinta di dalam hati saya kepada Masyitah, saya jumpa satu perkara.”
“Apa dia?”
“Kesederhanaan. Dia memang bukan Masyitah di zaman Musa, Abang Ali. Tetapi dia datang dari kesederhanaan. Keluarganya sederhana. Dia dibesarkan dalam kesederhanaan. Kesederhanaan itulah yang membuatkan saya yakin dengan cinta yang Allah berikan kepada saya. Kesederhaan itulah yang membuatkan saya kembali melihat diri saya, kehidupan saya, pergerakan saya, kerja-kerja dakwah dan tarbiyah saya.”
Dr Ali Zahidi tidak berkata apa-apa.
“Orang semua menyatakan bahawa perubahan saya adalah kerana saya berusaha sendiri. Dari satu sisi, mungkin benar. Tetapi sebenarnya, saya bergerak untuk berubah itu adalah apabila saya bertemu dengan kesederhanaan yang ada pada Masyitah dan keluarganya. Akhirnya jadilah saya sebagai saya yang hari ini. Jika Abang Ali menyatakan bahawa saya hari ini adalah seorang yang bermanfaat kepada ummah, maka tidakkah yang membentuk saya juga telah memberikan manfaat? “
“Ana hanya hendak enta pergi lebih jauh. Pada ana, enta boleh pergi lebih jauh lagi. Tengok ana hari ini. Ke hulu ke hilir memberikan penyampaian. Apabila ada isteri seperti Maryam yang mampu berdiri bersama-sama aku, kerja menjadi lebih mudah. Kini satu Malaysia sudah mengenali ana. Brunei, Indonesia dan Singapura juga sudah mula hendak memanggil ana.”
Hariz menggeleng. Senyumannya mekar hingga ke telinga.
“Jika itu hendak diukur sebagai kejayaan, dan sampai ke tahap itu yang Kak Maryam boleh bantu Abang Ali, pada saya, saya lebih dari itu.”
Mata Dr Ali Zahidi membesar.
“Kini, buku-buku dan novel-novel saya sudah mula hendak diterjemahkan ke pelbagai bahasa di seluruh dunia. Produser-produser filem turut menghubungi saya untuk memfilemkan beberapa novel saya. Syarikat Motivasi saya juga sudah mula berkembang keluar dari Asia Tenggara. Terdapat juga sambutan hangat dari Eropah. Kini Masters saya sudah hampir tamat, maka saya kira lepas ini bolehlah saya fokuskan sebentar kepada perjalanan kerja-kerja ini agar lebih kukuh sebelum saya menyambung ke PhD.”
Dr Ali Zahidi kelu.
“Abang Ali, Masyitah sendiri tidak perasan bagaimana hakikatnya dia telah membantu saya bergerak sejauh ini. Kehadiran Masyitah adalah anugerah Allah yang terbesar buat saya. Dia menghilangkan penat saya, mengubati gundah saya, menambah semangat saya, dan buat saya sentiasa kembali mengingati amanah yang Allah berikan kepada saya. Sebab saya cintakan Masyitah. Saya mahu masuk syurga dengan dia. Maka saya bersungguh-sungguh di atas dunia ini kerana itu. Biar saya boleh bawa dia masuk syurga.”
Dr Ali Zahidi akhirnya menggeleng.
“Ana tiada bicara untuk enta lagi. Maafkan ana kalau sudah mengganggu jiwa enta. Ana tersilap perhitungan.”
“Abang Ali, sebagaimana Kak Maryam itu bukannya Maryam ibu kepada Isa, begitulah juga dengan Masyitah saya. Sememangnya dia bukan Masyitah di Zaman Musa. Tetapi mereka masing-masing ada kelebihan. Kak Maryam dengan kelebihannya, mampu menonjol dan aktif dalam dakwah dan tarbiyah bersama Abang Ali. Masyitah pula, kelebihannya adalah memberikan kehidupan kepada saya.”
Dr Ali Zahidi mengangguk sambil tersengih.
“Sepatutnya, baitul muslim tadi enta seorang sudah lebih dari memadai. Ana malu dengan enta.”
“Tidak. Kita tetap kena bersama-sama. Siapalah saya jika dahulu Abang Ali tidak mendidik saya.” Hariz merendah diri. Kini matanya perlahan-lahan digalihkan kepada Masyitah. Nampaknya isterinya itu sudah selesai makan.
“Dia memang bukan Masyitah di zaman Musa. Saya hidup di dalam realiti, sebab itu saya mampu menerimanya.”
Dr Ali Zahidi hanya mampu mengangguk lagi.
Benar. Realiti.
Rata-rata hari ini orang terbiasa dengan kesempurnaan fantasi. Mencari hanya yang sempurna. Kemudian kecewa apabila melihat kecacatan selepas perkahwinan.
Tetapi nampaknya Hariz Arifi berbeza.
Dia membesar-besarkan segala kelebihan yang ada pada isterinya, walaupun hakikatnya kelebihan itu sebesar kuman cuma. Yang mungkin di mata orang lain, tiada apa maknanya.
Menyebabkan orang sepertinya jadi malu sendiri, berbicara dengan Hariz Arifi.
*****
Dia terbangun di tengah malam. Gegendang telinganya bergetar mengejutkan tubuh. Biasanya dia tidur nyenyak sahaja kerana setiap malam dia akan keletihan studi. Tetapi semenjak graduasi, dia sudah tidak ada apa yang hendak dikejarkan. Dia sudah tidak perlu studi teruk-teruk seperti dahulu. Mungkin sebab itu lenanya juga senang terjaga. Dia sudah tidur awal.
Matanya memandang ke sudut bilik. Satu lembaga sedang duduk bersimpuh ditemani cahaya oren dari lampu tidur.
Hariz Arifi.
“Rajin betul suami aku ni.” Gumamnya. Malu sendiri. Hariz Arifi hanya mengejutkannya pada malam Jumaat. Tetapi dia tahu yang suaminya itu hampir setiap malam akan bangun melaksanakan qiamullail jika tiada keuzuran.
“Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Ya Allah, rahmatilah Masyitah.”
Eh? Masyitah? Nama aku. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Ingin mendengar dengan lebih jelas. Dia dapat melihat Hariz Arifi bersama kedua belah tangan yang terangkat.
“Ya Allah, rahmatilah Masyitah. Sesungguhnya aku amat mencintainya. Kau telah hadirkan dia sebagai penghidup jiwaku. Acapkali aku melihatnya, dia menumbuhkan kebahagiaan dalam hatiku. Maka ya Allah, rahmatilah dia.”
Tiba-tiba hati rasa sebak. Ayat-ayat yang terlantun menghentak gegendang telinganya agar bergetar itu, seakan tembus mendodoi jiwanya juga.
“Ya Allah, jadikanlah Masyitah itu wanita yang Kau redhai dan jagalah dia. Permudahkan segala urusannya. Golongkanlah dia dalam golongan orang yang berjaya, cemerlang dalam segala halnya, khususnya dalam ketaatan kepadaMu dan dalam perjalanannya menuntut ilmu.”
Aku pernah mendoakan dia tak? Tiba-tiba Masyitah mempersoalkan dirinya. Jangan kata doakan dia, doa untuk diri sendiri sungguh-sungguh pun sekali sekala sahaja. Ish…
Tiba-tiba mata rasa berkaca.
“Ya Allah, masukkanlah Masyitah itu dari kalangan ahli syurgaMu, redhailah dia Ya Allah, terimalah dia Ya Allah. Jadikanlah dia seorang yang beriman dan solehah. Lindungilah dia dari kejahatan dan kemungkaran.”
Air mata mengalir.
“Sesungguhnya aku amat mencintainya ya Allah. Maka cintailah dia. Sebagaimana Kau hidupkan jiwaku apabila melihatnya, maka hidupkanlah jiwanya untuk mencintaiMu dan menjadi hambaMu yang baik.”
Perlahan-lahan Masyitah baring dan berpaling mengiring dari arah Hariz Arifi.
“Amiin.”
Tangannya menggenggam selimut. Mulut mengungkap “Amin,” bersama air mata yang mengalir.
Ya Allah, rahmatilah suami aku.
Dan jadikanlah aku ini orang yang mampu menyenangkannya.
*****
“Kenapa ya tiba-tiba hendak bawa saya bercuti?” Soalan itu hadir diiringi dengan bunyi ombak memukul pantai.
“Tak boleh?” Burung camar menghiasi suasana.
“Boleh. Saya suka.” Mentari senja menambah keindahan.
“Ha, ingat sayang saya ini tak suka. Boleh saya tempah tiket balik hari ini juga.” Keadaan pantai yang sudah mula sedikit dengan orang ramai membuatkan mereka berdua dapat duduk-duduk dengan tenang.
“Tak naklah. Lawa sini. Pantai dia sangatlah cantik.”
“Awak cantik lagi.”
Diam.
Hariz memandang sebelahnya. Masyitah tunduk menekur pasir pantai.
“Kenapa diam? Ingat nak bangga-banga. Orang puji.”
“Speechless. Awak selalu puji saya itu ini. Lebih-lebihkan saya itu ini. Saya tak pandai nak main ‘jiwang-jiwang’ macam awak. Saya takut nanti lama-lama awak bosan dengan saya.”
“Haha. Bosan dengan awak? Habis, saya nak hidup macam mana kalau saya bosan dengan awak? Saya pun tak dapat bayang. Mustahil terjadi insyaAllah.” Sungguh-sungguh Hariz berbicara.
“Manalah tahukan. Awak takkan tak penat dengan saya?”
“Kan dah cakap tempoh hari? Lagipun, dalam hampir dua tahun ini, awak tengok saya layan awak, saya hidup dengan awak, ada pernah buat gaya penat selain bila saya balik kerja?”
Tak ada. Tetapi jawapan itu tinggal di kerongkong Masyitah sahaja.
“Awak tanya kenapa bawa awak bercuti kan?”
“Ya.”
“Lawa tak matahari itu?” Hariz memanjangkan tangan, menunjuk ke arah mentari dengan jari telunjuk. Matahari itu hampir terbenam ditelan horizon kerana senja.
“Lawa.”
“Awak adalah matahari saya.”
“Matahari?”
“Matahari adalah sumber tenaga. Matahari juga adalah paksi menjaga keseimbangan sistem solar kita. Matahari petunjuk arah. Awak adalah semua itu. Tanpa awak, saya samalah macam bumi tanpa matahari, gelap dan tidak hidup. Tanpa awak, saya samalah seperti sistem solar kita ini tanpa matahari, tidak seimbang dan bergerak ke arah kehancuran.”
Masyitah tidak mampu berbicara apa-apa. Hawa yang ada kini seakan-akan membuatkan dadanya sebak dan dia rasa seperti ingin menangis.
“Dan untuk jawapan kepada soalan kenapa saya bawa awak bercuti adalah…”
Apa lagi? Hariz Arifi, awak memang pandai buat jiwa saya tunggang terbalik.
“Selamat Hari Lahir.”
Masyitah terpana sebentar. Hari Lahir. Hari ini…
MasyaAllah.
“Haha. Dah agak dah dia lupa. Sibuk sangat studi. Bila dah graduasi, tarikh lahir sendiri pun lupa.” Hariz ketawa sendiri. “Percutian ini adalah hadiah hari lahir dan hadiah graduasi sekali. Boleh ya?”
Tiba-tiba air mata Masyitah menitis.
“Eh, awak, kenapa menangis?”
Segera Masyitah melentokkan kepalanya pada bahu Hariz.
“Kenapa ni?” Hariz menggosok perlahan belakang tubuh Masyitah.
“Terima kasih ya awak?”
Hariz menggelengkan kepala. “Saya yang patut ucap terima kasih sebab awak sudi kahwin dengan saya, berada di sisi saya.”
“Boleh tak bagi saya menang sekali dalam menghargai?” Masyitah yang sudah melekat pada bahu Hariz bersuara.
Hariz ketawa. Air mata meleleh pun boleh buat orang ketawa. Isteri aku ni kiut sungguh.
“Saya janji akan berusaha dengan lebih baik lagi. Biar benar-benar boleh menjadi matahari awak, ibarat Masyitah di zaman Musa, yang teguh terjun ke dalam didihan syurga.”
Hariz tidak menjawab. Hanya leretan senyuman. Matanya kekal memandang matahari yang semakin ditelan horizon. Masyitah damai di bahunya.
Di dalam hati tidak henti mengucap hamdalah.
Kebahagiaan ini, memang tiada bandingannya.
Isterinya memang bukan Masyitah di zaman Musa.
Tetapi dia adalah Tiara Masyitah, bidadari di dalam jiwa.
Yang Allah salurkan daripada Masyitah ini, kekuatan dan kehidupan kepadanya.
Coretan hati: Saya cuma nak kata, Hariz Arifi adalah jenis suami yang saya berusaha untuk menjadi.
Source: http://ms.langitilahi.com/cerpen-masyitahnew-version/comment-page-1/#comment-13730
Subscribe to:
Posts (Atom)