Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

26 October 2010

Abraj Al Bait




Sebuah menara jam tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.



☛Menara jam berketinggian 601 m


Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).
Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43×43m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.


☛Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram


 ☛Diterangi 2juta lampu LED





☛Spesifikasi bangunan menara jam





Dengan terbinanya menara itu juga, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Kehadiran menara tertinggi di dunia ini mungkin bakal menenggelamkan reputasi Kaa'bah. Kenapa? Jangan salah faham. Sila faham apa yang say cuba maksudkan. Selepas ini, mungkin perhatian lebih tertumpu kepada menara tersebut. Mungkin ramai yang akan lebih teruja untuk melihat menara itu daripada melihat Kaa'bah. Sebelum ini, dari jauh dah boleh nampak Masjidil Haram. Sekarang, ianya terlindung dengan bangunan besar tersebut.

Selepas ini juga akan lebih ramai umat yang ke Mekah hanya untuk melancong, bukan beribadat. Yang sedang asyik beribadat mungkin akan tumpas dengan godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia. Mungkin lebih ramai yang akan meluangkan masa membeli-belah daripada memanfaatkan waktu terluang melakukan ibadah. Kalau dulu orang sebut Mekah, kita pasti akan terbayang-bayang lambaian Kaa'bah. Sekarang? Orang akan ingat menara jam tersebut seperti orang menyebut Kuala Lumpur, terbayang KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Nauzubillah..Apa-apapun, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Maafkan saya andai tersalah kata. Saya juga hanyalah insan yang jahil. Segala teguran dan pendapat saya akan terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah..Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini Ya Allah..


credit to D'Idyllic

24 October 2010

Antara persahabatan dan keegoan

ape nak jadi manusia sekarang? 
sana sini nak bergaduh..dengan kawan2 pun nak bergaduh...
kalau satu pihak jadi api,apa salahnye satu pihak lagi jd air?
x jatuh maruah dengan berdiam..kadang2 berdiam itu lebih baik...

jangan disanjung sangat ego tu...
kita bergaduh sesama manusia, sesama sahabat,sesama masyarakat,jiran tetangga dan syaitan di sebelah bersorak girang...
nobody's perfect..learn to forgive and forget...
sebelum mengata kat orang lain,jom tgk diri sniri dulu kat mana salah...
pokok xkan bergoyang kalau xda angin...walaupun kadang2 mungkin angin tu bukan angin semulajadi...tapi x salahkan untuk duduk sekejap dan tgk balik diri sniri camne???




kenapa tiba2 cik pelangi cakap hal ni??
hmm tak de kena mengena dengan hal peribadi cik pelangi ok?
ni based on observation kat my surrounding...
hal kecikk pun orang leh perbesarkan...


memang la kadang2 tu...mulut orang yang mencari pasal tu memang cam C*B** kan....
rasa cam nak ciliii ja mulut dia...
tapi selalu la beringat..sebelum nak marah, sebelum nak cakap something...
think for a while...take a moment to think..to rationalize first....
nobody's perfect...orang semua buat salah...termasuk kita sendiri...
bila dia ckp yang menyakitkan hati en...mmg la kita perlu pebetulkan pendapat dia...


[isu sensitif sekarang ni..*kalau big issue* mesti la pasal sopan santun,adab orang melayu,maruah orang melayu etc2...benda2 cam ni..
orang mmg cepat naik angin kalau ada yang menghina...pasal agama...haa ni lagi orang cepat naik angin...cik pelangi pun kadang2 naik angin jgak klau mulut orang xda insurans ni...]


tapi x semua perlu digunakan kekerasan dan kekesatan bahasa kan?
dan yg terbaik *pada pndpt cik pelangi sendiri* kalau ada orang dok cakap x pakai akal ni...delete ja statement dia tu....dan personally send him a message through his inbox and tegur..perjelaskan apa yg dia x paham...
bila dokberbalas2 cakap kat open places where everyone can see, tu yang x best tu..nant orang lain tgk..semua nak join turun padang bergaduh...
eshk2...seronokkk syaitan tu tgk kita hamba2 Allah ni bercakaran sesama sendiri.... [refer to facebook]




once again...
cuba kita semua anggap Allah bagi kita jmpa dengan orang2 cam ni untuk melatih diri kita untuk lebih bersabar???
x dinafikan...bila orang yang suka bwad statement melulu ni..diorg ni perlu diperbetulkan...
tapi x payah la nak jaja seluruh FACEBOOK ke ape ke...
x baik kan buka aib orang?


biar orang buat jahat kat kita...tapi kita janganla buat jahat kat orang...
kalau smua orang berdendam...bila dunia nak aman?ok scope kecil sket..bila hidup sniri nak aman???


kawan2...janganla nak bergaduh...make a change..starts with our own self...
jangan nak harapkan orang nk berubah dulu...kita sniri perlu berubah dulu....
jadi contoh untuk orang sekeliling kita dulu.... (refer kepada semua..termasuk diri sendiri)


lately ni cik pelangi tgk semua orang suka nak bergaduh...
backstabbing...cakap kawan..tapi kat belakang kutuk mengutuk kawan...




'dey macha...kalau kawan, dia x kutuk kawan taw (gurau x termasuk..)
dia x backstab...dia x jadi drama queen/king depan semua orang..

as what i've been saying again n again..nobody's perfect...kawan2 baik yang kita ada kt luar sana pn x perfect...
kalau diorg bwad salah..tegur elok2..x yah nak buka aib orang merata2..nak bergosip sana sini...'


sebagai sahabat...kita ni ibarat tiang penyokong....
kita perlu saling ingat mengingati...
kalau tiang yang menyokong pun rebah...
itu sangat sedih....
sebagai manusia...kita sayang kamu semua...
mungkin kita x rapat...mungkin kita hanya berbalas senyuman bila berselisih...
tapi kita tetap kawan...sbb kita belajar tempat yang sama..kita selalu tgk diri masing2...




be a good friend....love your friends....help each other to go to a positive side...
sama mencari pahala Allah..mencari syurga Allah....







21 October 2010

rahsia ayat qursi

SEJARAH AYAT KURSI 



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia 
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan 
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu 
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera 
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. 



Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali 
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar 
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya 
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan 
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga 
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. 

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya 
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, 
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua 
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. 
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu 
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan 
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah 
s. a.. w. bersabda bermaksud: 

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah 
hilangkan segala kefakiran di depan matanya." 

Sabda baginda lagi; 

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, 
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya 
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." 

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara 
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal 
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan 
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, 
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat 
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki 
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan 
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, 
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda 
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu 
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda 
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa 
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah 
mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh. 


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang 
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang 
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak 
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa 
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas 
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa 
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah 
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang 
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa 
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan 
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. 


Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi 
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, 

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...." 

receive this input via emel

Nak dapat pahala ke x? ^^

The Truth




Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun

hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli.



 Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari



1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari) 

dan jangan memakai pada jari


1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
and credit to my page ^^

WASSALAM...

Tinggalkan Jejak di sini