24 December 2010

Rahsia wang kertas

Dipetik dari Penghunimalam. 

Kita menyimpan dan menggunakan wang setiap hari, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang cuba melihat dan meneliti apa yang tertera diatas kertas yang kita namakan wang itu?



Percayakah anda jika saya katakan bahawa suatu masa nanti wang akan mati? Atau dengan kata lain wang kertas yang kita gunakan ini akan menjadi tidak bernilai lagi. Diwaktu itu mereka yang bergelar “mata duitan” akan menangis dan menyesal kerana menyimpan sekian banyak wang di dalam bank atau dibawah bantal!!! Tak percaya???



Siapa yang akan gembira dan paling berkuasa di waktu wang kertas sedang nazak nanti???


Sudah tentulah zionis dan hamba dajjal! Mereka tergelak kerana mereka telah berjaya memperdaya manusia agar terlalu memuja dan menyimpan wang kertas tetapi mereka sendiri menyimpan emas!



Mari kita lihat wang kertas kita! Ringgit Malaysia.



Keluarkan wang kertas terbaru dari poket anda bernilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 sekarang! Mari kita perhatikan satu persatu. Pastikan lampu bilik atau lampu rumah anda terang



Wang kertas RM1:



Mula-mula tengok muka sebelah depan, tengok gambar Raja disebelah kanan. Hadapkan wang tersebut kepada punca cahaya. Sila balikkan wang tersebut dan tengok sebelah belakang, lihat mata kiri Raja berada betul-betul didalam sebuah piramid! Apa maknanya semua itu?



Wang kertas RM5 :



Tengok muka belakang wang dan perhatikan mata kiri dan mata kanan Raja betul-betul bertindih dengan dua tiang menara berkembar petronas dan hujung kanan jangkasudut [lambang freemason] mencucuk mata kiri Raja.



Wang kertas RM10 :



Tengok muka belakang wang, lihat pada mata kiri Raja, pusingkan wang tersebut kearah lawan jam sebanyak 90 darjah! Anda akan nampak mata kiri Raja betul betul dibawah tapak piramid!



Wang kertas RM50 :



Tengok muka belakang wang [wang RM50 yang terbaru, ada gambar bunga raya kat depan tu tak ada bentuk piramid kecil,jadi tengok wang keluaran sebelumnya, tapi kalau dipusingkan lawan jam 90 darjah, nampak juga bentuk piramid tu oleh pelepah kelapa sawit tu] , fokuskan pada mata kiri Raja, anda akan nampak satu segitiga berbentuk piramid kecil dimata Raja!!!



Wang kertas RM100:



Tengok muka belakang wang, fokuskan pada mata kiri Raja, anda juga akan nampak satu segitiga berbentuk piramid kecil diatas mata Raja!!!



Saya tidak mempunyai wang kertas RM2 dalam simpanan saya, bagi pembaca yang masih menyimpannya , boleh cuba tengok apa yang ada disebelah kiri mata Raja!



Apakah semua ini terjadi secara kebetulan???



Mengapa lambang piramid berada dimata kiri Raja Melayu??? Mungkinkah ia berkait dengan kuasa??? Kuasa wang… kuasa Raja…Dan mengapakah terdapat gerakan yang cuba untuk menghapuskan Kuasa-kuasa Raja Melayu? Tepuk dada, tanyalah ilmu~

Klik sini untuk rahsia penubuhan Malaysia.





cik pelangi terkedu juga after bca pasal entry ni...ada juga belek2 kt wang kertas...
rm1 dgn rm 5....hmmmmm nk kata mcm pyramid sbijik x jugak la...tp ada la bntuk tiga segi tu...huhu
klau btol la terdpt unsur2 freemason bgai dlm wang kertas kita...mmg gerun kot....betapa kita semua ni telah diserang dr pelbagai sudut oleh 'mereka'...
semoga Allah lindungi kita semua individually klau as a whole kita telah dijajah..mudh2an individually,ALLAH SWT masih sudi memelihara kita...aminnn

No comments:

Tinggalkan Jejak di sini