22 August 2010

Ikhtilat

Before we go to this entry regarding IKHTILAT...
i just want to thz the author of http://budakbebal.blogspot.com for allowing me to share her work...
i think her entry is one piece of good knowledge that should be shared with everyone...
Honestly...
i didnt know anything about ikhtilat...its a new input for me...
well..what do u expect?im not from a SMKA school..
but that doesnt mean i dont want to learn...
so lets read her entry regarding ikhtilat...
untuk mereka yang mencari redha Illahi...



Assalamualaikum…
Masihkah ingat rakan-rakan yang pernah belajar di sekolah agama, tentang satu istilah yang tidak asing lagi iaitu“IKHTILAT”. Kami orang amatlah pasti bebudak sekolah agama memang tidak asing lagi dengan istilah ini. Lagi-lagi yang menjadi ahli BADAR(Badan Dakwah) (kat sekolah ken..BALADI) memangla mereka ni amat2lah peka dengan situasi IKHTILAT ni. Ingat lagi masa sekolah dulu, sebab nak elakkan daripada ikhtilat berlaku, maka telah diasingkan tempat belajar muslimat dan muslimin( ada bangunan lelaki dan banguna perempuan). Bahkan masa rehat lelaki dan perempuan pun lain bagi mengelak ikhtilat ni berlaku (mungkin korang tak rasa akan situasi macam ni, sekolah ken ni memang dahsyat la). Kami berdua bukanlah orang yang selayaknya membicarakan pasal ikhtilat ni, tetapi sebagai yang memegang amanah untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

IKHTILAT
Dari segi bahasa ikhtilat ini ialah : pergaulan sesuatu dengan
sesuatu. Manakala menurut istilahnya ialah : pergaulan lelaki dan perempuan yang ajnabi ditempat yang sama pada waktu yang sama, sama ada dalam kumpulan atau sendirian. Yang mana pergaulan ini boleh berlaku bertegur sapa dan bertemu muka. Atau lebih tepat ialah prhubung yg bukan syarie diantara lelaki n ppun bukan muhrim..X kisah la same ade dengan prjumpaan,chatting,percakapan n same waktu dengannya..Setiap ikhtilat haram di sisi agama Islam..
Bagaimana ikhtilat yang dibenarkan dan ikhitlat yang dilarang?. Itu yang menjadi permasalahan. Pada masa sekarang yang serba moden ini, banyak situasi ikhtilat yang terpaksa kita hadapi iaitu ketika ditemuduga ketika memohon pekerjaan, ikhtilat antara guru dan murid di dalam kelas, pergaulan lelaki dan perempuan didalam kenderaan awam (BAS, LRT dan KTM) dan sebagainya. Sekiranya kita nak mengelak dari ikhtilat ini amatlah susah, maka oleh itu kita akan meliaht terlebih dahulu kepada maqasid syariah untuk menetukan adakah ikhtilat itu ada perharusan didalam sesuatu keadaan.

Mengapa ikhitlat itu dilarang? Daripada firman Allah yang bermaksud : “ dan jangan kamu dekati perbuatan zina”. Daripada ayat ini maka segala bentuk perbuatan atau apa jua tindakan yang membawa kepada zina amatlah dilarang. Ini kerana Allah meletakkan jangan kamu dekati, dari segi zahirnya kita akan fahami jangan kamu lakukan zina dan juga perkara yang boleh menghampiri zina.

Bagaimana boleh berlaku zina? Bagaimana permulaan zina? Apa jua perhubungan yang boleh membawa kepada zina maka hendaklah dihindari. Ust Hasrizal ada beri contoh “Tiadalah pula dinyatakan bilangan SMS yang perlu dihantar sehari oleh Rasulullah. Sesungguhnya kamu dibenarkan ber’SMS’ sebanyak mana kamu mendapat SMS percuma daripada mana-mana syarikat telekomunikasi yang kamu langgani.Takde hadis ni,cuma yang boleh kita pakai ada satu hadis, Apabila kamu merasakan ia maksiat,maka tinggalkan ia. Kalau awak mesej dengan kekasih awak untuk bertanya khabar atau sebagainya tanpa ada nafsu,kalau SMS ke-4 itu tiada nafsu dan SMS ke-5 tu ada nafsu,maka yang ke-4 itu halal yang ke-5 itu haram.”
    Ada beberapa keadaan ikhtilat itu diharamkan:
  1. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)
  2. Tidak menunduk pandangan Ghaddul Bashar (kat Nilam Puri amatlah ditekankan Ghaddul Bashar
  1. Tidak menutup aurat
  2. Bertabarruj
  3. Berkomunikasi dengan suara menggoda

    Diharuskan ikhtilat dalam beberapa keadaan :
  1. ikhtilat didalam urusan jual beli
  2. melakukan kerja kehakiman (didalam perbicaraan)
  3. melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar
  4. didalam kenderaan awam
  5. tujuan belajar
  6. dan beberapa keadaan yang dalam adatnya berlaku percampuran tetapi hendaklah menjaga adab2 islamiah

    Keadaan apabila berikhtilat lelaki dan perempuan :
  1. setelah urusan itu tidak dapat diselesaikan bersama kaum sejenis
  2. ringkaskan kata-kata dan ayat
  3. tundukkan hati ( banyakkan istighfar la)
  4. tundukkan pandangan (coz dari mata jatuh kehati) tapi janganla sampai ada kes terlanggar tiang coz tundukkan pandangan plak ok
  5. mempercepatkan urusan, bincang yang perlu sahaja… jangan meleret-leret

Teringat syair ust akhil hay
“Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.”
.

thz for allowing me to share diz :)

No comments:

Tinggalkan Jejak di sini