30 December 2008

Verily,after each difficulties,there's a relief


DEAR YOU,
kita belajar daripada ujian, kita belajar daripada pengalaman, kita belajar untuk menerima ketentuan, kita belajar untuk yakin janji Tuhan,
hidup kita akan lebih cantik warnanya,
dengan ujian dariNya,
ujian itu mendewasakan kita,
ujian itu membuatkan kita lebih berwaspada,
dalam setiap perkara,
ingatlah,
bila kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh,
kemudian kita bertawakkal sepenuhnya kepada Dia,
dan selepas itu kita didatangi ujian yang terasa begitu berat,
itu tandanya,
Dia mahu menguji sejauh mana kesabaran kita,
dan kita perlu ingat,
pahala bagi orang yang bersabar itu tiada batasnya,
setiap perkara berlaku itu pasti ada hikmahnya,
mungkin,
dengan ujian yang sebegini besar menimpa kita,
lebih besar lagi hikmah, kegembiraan yang menanti,
kejayaan serta kegagalan,
kedua-duanya merupakan ujian,
ujian datang dengan dua bentuk,
ujian dengan kesenangan,
dan ujian dengan kesusahan,
kedua-duanya didatangkan untuk menguji keimanan para hambaNya,
ujian itu tanda kasih sayangNya kepada kita,
biar orang sekeliling berkata apa yang mereka mahu,
mereka tidak akan dapat membantu kita walaupun sedikit,
hanya Allah sahaja yang boleh membantu kita,
dan kadangkala,
Dia turunkan bantuan itu melalui orang-orang di sekeliling kita,
Allah tidak akan menguji kita melebihi kesanggupan kita menggalasnya, semua ujian yang datang itu pasti akan dapat kita hadapi, mungkin ujian ini didatangkan kepada kita, kerana kita sudah tersasar dari landasanNya, Dia mahu kita melihat kembali amalan kita selama ini, mungkin amalan yang kita rasa sudah cukup sekarang ini, hanya cukup untuk menggalas kegembiraan yang sedikit, Dia bimbang, dengan amalan kita sekarang ini, kita tidak dapat menggalas kegembiraan yang lebih lagi, setiap perkara ada hikmahnya, ingat pada janjiNya, VERILY, AFTER EACH DIFFICULTIES, THERE'S A RELIEF...

tagged from my cadburry blackforest.... i'm touched by the words.in sum way,it gives me strength... believe in god no matter what happened...

No comments:

Tinggalkan Jejak di sini