14 October 2010

Perutusan Cinta bab 2

Bab 2 : Perutusan cinta [syaitan]



Di dalam dunia ini tidak ada seorang manusia pun yang berjalan tanpa ditemani syaitan-syaitan durjana...
syaitan-syaitan itu mengerumuni manusia seperti kutu menghurungi ketiak lembu dan seperti semut menghurungi gula...seperti rambut hitam memenuhi kepala....

Hatta di bahu seorang lelaki yang sedang bersembahyang pun syaitan itu ada tercongok-c0ngok...

"Lelaki itu sedang bersolat, tetapi hanya pada gerak-gerinya dan tidak pada hatinya...hatinya MATI... Akalnya tika solat, berpusing-pusing memikirkan apa saja, tidak pula memikirkan kebesaran tuhan yang sedang disembahnya.Mengapa? kerana jika ada perempuan cantik di depannya, pasti dia memikirkan kecantikan perempuan itu..Kalau ada seberkas duit sejuta, dia akan memikirkan bagaimana akan dibelanjakan duit itu....Kini, dia menyembah Tuhan di depannya,tetapi akalnya menerawang ke lain pula...Aneh bukan?? 

LELAKI ITU LELAKI TERPEDAYA......
dia tidak sedar akan apa yang di ucapkan oleh lidah dan bibirnya dalam solat....Dia tahu dia solat tetapi tidak tahu solat itu rasanya bagaimana...Lalu berlangsung solat itu tanpa kehadiran hatinya...


Syaitan suka orang islam sbegini kerana ia menjadi seBESAR-BESAR fitnah untuk agama kita.....

Bayangkan saja makhluk2 ini selepas solat mereka telah kembali berjalan di muka bumi Allah untuk 

- Melaga-lagakan saudara
- mengejek-ngejek agama orang lain
- bercakap perkara dusta dan sia2
- melakukan pelbagai kerosakan dalam masyarakat...

sedangkan pada masa yang sama mereka rasa telah berbuat kebaikan...
Bahkan mereka tidak tahu.....
sesudah melakukan kemungkaran, mereka kembali bangun untuk bersolat lagi..
Maka umat selain umat islam akan melihat agama Islam sebagai agama yang buruk.......
Umatnya bersolat tetapi berperangai MENGALAHKAN SYAITAN.....


Sedangkan penganut agama lain tidak tahu bahawa solat mereka ini tidak sah, batal dan langsung tidak berguna....Maka lihatlah.....

Syaitan-syaitan itu amat bergembira walaupun manusia itu sedang bersolat kerana syaitan itu tahu, solat manusia itu bagai menjirus air ke daun keladi.....


*think again people....marilah kita baiki sikap dan akhlak kita agar solat kita diterima...*


:) Mari memuhasabah diri....



p/s : Karya asal adalah dari Xarine..hamba hanya berkongsi apa yang dibaca

No comments:

Tinggalkan Jejak di sini